Sunday 1 April 2012

BAB 9 : KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH.


Setiap manusia mempunyai masalah dan setiap masalah yang dihadapi oleh manusia ada jalan penyelesaiannya. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara logik, penyelesaian secara agama, penyelesaian secara perasaan  dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif. Namun begitu di dalam menyelesaikan masalah, ada juga orang yang dapat mencari penyelesaian masalah lebih cepat daripada orang lain. Terdapat beberapa ciri penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan :   

1)      Motivasi yang kuat
Bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Mereka akan  melihat masalah yang ada di dalam kehidupan harian sebagai sementara sahaja. Malahan mereka ini akan melipat gandakan usaha mereka untuk mencari penyelesaian apabila masalah itu menjadi rumit.
2)      Trait yang positif
Iaitu mempunyai emosi yang stabil supaya dapat menyelesaikan masalah secara objektif serta dapat menerima pertolangan dari orang lain. Sebagai penyelesai masalah yang berkebolehan, mereka ini boleh bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan. Penyelesai masalah juga mestilah cerdik dan pintar serta mereka ini harus terus berusaha tanpa merasa jemu atau bosan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3)      Jati diri
Mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul serta berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.
4)      Membina kemahiran
Menggunakan berbagai-bagai teknik dan model dalam penyelesaian masalah. Kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Antara contoh model penyelesaian masalah adalah “penyelesian masalah enam langkah” yang diperkenalkan oleh Chang dan Kelly :
                                I.            Kenal pasti masalah
                              II.            Analisa punca masalah
                            III.            Kenal pasti cara penyelesaian
                            IV.            Pilih penyelesaian yang terbaik
                              V.            Bentuk plan tindakan
                            VI.            Pelaksanaan dan penilaian
Berikut ialah satu model penyelesaian masalah secara logik dan saintifik yang menggunakan lapan langkah.
 Model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik.
Langkah pertama : Mendefinisikan masalah.
Mendefinisikan masalah dengan betul adalah penting. Oleh itu, seseorang individu yang menghadapi masalah perlu memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah itu dan dimana masalah itu berlaku. Ianya akan memudahkan lagi untuk kita memahami masalah sebenar.
Langkah kedua : Mengkelaskan masalah.
Cara mengkelaskan masalah ialah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tipa-tiap masalah. Selepas mengenal pasti risiko tiap-tiap masalah tersebut, selesaikan dahulu masalah yang paling tinggi risikonya.
Langkah ketiga : Tentukan objektif.
Objektif yang hendak dicapai haruslah jelas, mudah difahami dan praktikal.
Langkah keempat : Tentukan ukuran kejayaan.
Ukuran kejayaan menentukan standard atau piawaian yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, kriteria kejayaan perlu ditentukan dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.
Langkah kelima : Kutipan data.
Semua faktor yang menjadi punca kepada masalah yang sedang diselesaikan perlulah dikumpul. Beberapa kemahiran diperlukan dalam proses mengumpul maklumat seperti pemikiran yang kreatif, mengenal pasti maklumat yang relevan dan boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah.
Langkah keenam : Membuat keputusan.
Langkah seterusnya ialah membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat. Untuk membuat keputusan yang efektif, cara bagaimana pendekatan pengurus membuat keputusan itu adalah penting. Pendekatan yang paling baik ialah mendapat consensus daripada semua staf di dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan.
Langkah ketujuh : Melaksanakan keputusan yang diambil.
Orang yang melaksanakan keputusan yang diambil harus memberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti dan penelitian yang rapi akan membawa kepada kejayaan pelaksanaan. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira semasa melaksanakan keputusan seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
Langkah kelapan : Penilaian.
Penilaian adalah penting kerana ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Perlu dikenal pasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

2 comments:

  1. Terima kasih. Semoga selepas memahami kaedah tersebut, Saudari boleh menyelesaikan masalah seharian.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah cikgu... terima kasih sebab bagi comment..

    ReplyDelete